Pages

Sunday, 11 December 2011

Operasi tolak

Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Di bawah ini adalah gambar dan penerangan tentang konsep asas tolak. Marilah kita bersama-sama membaca, memahaminya dan melaksanakannya di dalam kelas.
antara bahan yang digunakan untuk mengajar kemahiran asas tolak


gambaran penuh bahan

KETERANGAN :
1.  Model aiskrim digunakan untuk memudahkan aktiviti dijalankan. Bahagian atas aiskrim (warna merah)boleh dicabut menandakan ia telah dimakan atau mencair.
2.      Guru akan memberi tunjuk cara / soalan rangsangan yang paling mudah.
3.      Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian masa guru.
            Contoh, Ahmad ada 10 batang aiskrim. Dia makan 3 batang aiskrim. Berapakah jumlah 
             aiskrim yang tinggal?
4.   Jadi, guru akan membimbing murid bagaimana untuk menjawab soalan dengan mengeluarkan 3 bentuk aiskrim (kad manila warna merah 
      – menandakan ia telah dimakan)
5.    Murid akan dibimbing untuk melekatkan nombor dan jawapan yang disediakan dalam ruang sedia ada.

Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment