Pages

Monday, 12 December 2011

mari mengira

Sunday, 11 December 2011

Operasi tolak

Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Di bawah ini adalah gambar dan penerangan tentang konsep asas tolak. Marilah kita bersama-sama membaca, memahaminya dan melaksanakannya di dalam kelas.
antara bahan yang digunakan untuk mengajar kemahiran asas tolak


gambaran penuh bahan

KETERANGAN :
1.  Model aiskrim digunakan untuk memudahkan aktiviti dijalankan. Bahagian atas aiskrim (warna merah)boleh dicabut menandakan ia telah dimakan atau mencair.
2.      Guru akan memberi tunjuk cara / soalan rangsangan yang paling mudah.
3.      Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian masa guru.
            Contoh, Ahmad ada 10 batang aiskrim. Dia makan 3 batang aiskrim. Berapakah jumlah 
             aiskrim yang tinggal?
4.   Jadi, guru akan membimbing murid bagaimana untuk menjawab soalan dengan mengeluarkan 3 bentuk aiskrim (kad manila warna merah 
      – menandakan ia telah dimakan)
5.    Murid akan dibimbing untuk melekatkan nombor dan jawapan yang disediakan dalam ruang sedia ada.

Selamat mencuba.

ISIPADU CECAIR

CONTOH-CONTOH WANG MALAYSIA

Bentuk 3 Dimensi

Apabila guru menyediakan bahan bantu belajar yang menarik,pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan yang boleh menarik minat dan perhatian murid untuk belajar. Bentuk 3 Dimensi terdiri daripada kubus, kuboid, piramid, kon, sfera dan silinder.


LINUS NUMERASI


Modul panduan guru dan  murid dibekalkan kepada semua sekolah untuk membantu guru mengajar murid LINUS.Buku aktiviti murid juga turut disediakan setiap seorang agar murid dapat menguasai kemahiran yang diajar.Modul guru dan murid sememangnya banyak membantu guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

PEMBILANG INTERAKTIF

Pembilang interaktif diperkenalkan oleh Jurulatih Utama Matematik sebagai bahan bantu belajr untuk memudahkan murid LINUS NUMERASI membilang,menambah dan menolak nombor dalam lingkungn 20.Ianya sangat menarik minat dan perhatian murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Lembaran kerja matematik operasi tambah

Permainan Matematik


mari menambah


Wednesday, 30 November 2011

Mari belajar abakus

Seronok rupanya belajar abakus ni ye,mengasyikkan .Bila dah pandai kira gembiranya rasa. Marilah sama-sama kita belajar.

Tuesday, 4 October 2011

Masa dan waktu

Murid-murid  1 Bestari ni memang suka dengan bahan bantu belajar,sebab tu bila disuruh tunjukkan masa dengan jam contoh sampai ada yang berdiri sambil menjerit-jerit.

Sunday, 2 October 2011

Selamat Datang







Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat datang ke blog saya,Alhamdulillah sudah siap blog yang  tidak seberapa telah saya hasilkan.Rakan-rakan sudilah memberi cadangan atau komen untuk menambahbaikan blog saya.Jangan lupa ye jadi follower blog ini.